Daiyan Trisha Tak Minat Nyanyi Karya Komposer Lain, Suka Buat Lagu Sendiri
Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha berkata dia kurang berminat menyanyikan lagu komposer lain serta mempunyai prinsipnya tersendiri.
Menurut Daiyan, bidang nyanyidan dan ciptaan lagu dekat dengan dirinya dan dia lebih selesa menyanyi mengikut caranya tersendiri.
BACA: Daiyan Trisha Kerap Haus, Cepat Mengantuk
“Mungkin sebab saya penyanyi dan juga penulis lagu. Jadi, saya tak berapa suka untuk menyanyi lagu orang lain cipta.nSemua lagu yang saya nyanyikan memang ciptaan saya sendiri. Mungkin itu cara saya dan nak teruskan apa yang saya suka.
“Untuk menyanyi ini, memang saya suka ikut cara tersendiri. Sebab saya rasa seni menulis dan menyanyi dekat dengan saya,” katanya.
Berkongsikan mengenai karier lakonannya, Daiyan berkata dia bakal membintangi telefilem Rompak bergandingan dengan Zizan Razak.
Katanya lagi, karakter yang dibawa dalam filem ini berbeza berbanding sebelum ini kerana dia perlu membawa watak wanita bertudung.
“Saya tak pernah bekerja dengan Zizan… jadi mungkin ia menjadi sesuatu yang menarik. Selain ada juga vibe filem ‘Fast & Furios’.
“Watak dalam filem itu juga sesuatu yang saya tak pernah bawa. Ini watak pertama yang saya akan memakai tudung.
“Cabaran untuk saya yang tak pakai tudung tapi dalam cerita ini kena pakai. Kena biasakan dari segi penggayaan, tak boleh nak nampak diri baru pakai,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Belakon baru betudung, ko tu org muslim, x malu ke ckp cam tu…x pnh dgr lagu u….anugerah pun x pnh tersenarai..cuba kai komposer lain mungkin bole masuk radio..
Tu laa xtau pun lagu2 ko ni. Nmpk muka kt sana sini tp x knl sngt pun bbu skang ni. X mcm zmn kita bbu dulu glamer gitew…
minah penipu sembang nak kawin padahal nak promote lagu sampah.. ewww low class and try hard betul.. you’re nothin la girl.. puih