Siri televisyen yang paling di’nanti nantikan oleh para peminat akan muncul di’kaca TV Malaysia esok 21 April 2012 secara eksklusif di saluran 411 HBO. Buat peminat buku yang di’adaptasi tulisan George R.R. Martin, ini merupakan kesinambungan penuh epik.


Musim pertama telah meletakkan Game of Thrones sebagai siri televisyen yang meletakkan standard pembikinan drama ke’tahap yang tertinggi — dan ada yang berkata ia’nya setaraf Lord of the Rings dalam setiap episod yang di’siarkan.

Sebagai penghargaan kepada peminat siri ini di Asia & Malaysia terutamanya, HBO Asia & Rotikaya membawakan kepada anda temubual eksklusif bersama Kit Harington yang membawakan watak Jon Snow dalam siri Game of Thrones ini. 

Soalan: Terdapat maklumat dalam skrip yang tidak terdapat dalam buku dan sebaliknya. Bolehkah anda kongsi tahap pembawaan watak tersebut berdasarkan buku dan skrip?

Kit Harington: Saya rasa saya membawa kedua-duanya, saya rasa anda harus mengimbangi kedua-duanya secara saksama. Anda tidak perlu melakukan demikian sebenarnya, ramai pelakon dalam siri ini membawa watak secara sepenuhnya daripada skrip kerana itu pilihan mereka. Mereka mahu menelaah ia sebagai satu siri TV berbanding dengan buku. Secara peribadi, saya amat menyukai bahan sumber dan saya suka buku tersebut (Game Of Thrones). Saya baca buku itu dengan penuh teliti kerana saya mahu tahu apa yang berlaku kepada watak saya dalam buku itu. Jadi, saya rasa saya mesti kembali merujuk buku pada masa-masa tertentu kerana ia mempunyai kelainan dalam beberapa keadaan tertentu dan bagi saya ia membantu mencari keseimbangan antara siapa diri dia dalam siri TV dan dalam buku. Kemudian menggabungkan kedua-dua watak, lalu menjadikan siapa dia sebenarnya pada pendapat anda, dan juga saya.


S: Bagaimana rasanya bekerja dengan Ghost, direwolf anda?

KH: Watak Ghost telah berubah pada musim ini kerana Ghost di musim ini benar-benar “ghost”. Dia tidak wujud, dia ditampilkan dengan CGI. Jadi, ia menjadi satu pengalaman yang sangat berbeza. Berlakon dengan anjing itu dalam musim pertama mempunyai hal-hal tertentu. Ia hanya seekor anjing dan ia tidak tahu ia sedang berhadapan dengan kamera dan akan melakukan apa sahaja mengikut suka hatinya. Kadangkala agak letih dan sukar tetapi para pelatih amat hebat. Bekerja dengan haiwan boleh menyusahkan. Tetapi akhirnya kami peroleh apa yang kami mahu, dan saya amat sayangkan anjing itu.

S: Anda telah menjadi peminat buku-buku Game Of Thrones. Jikalau anda diberi peluang untuk memilih mana-mana watak lain dalam Games Of Thrones, berikan pilihan anda dan mengapa?

KH: Saya benar-benar sukakan Tyrion. Saya fikir Tyrion adalah watak yang hebat. Bila saya membaca buku-buku tersebut, saya tidak sabar-sabar untuk menyampai ke bab-bab tentang Tyrion. Saya rasa dia sangat sinonim dengan Jon Snow. Seperti yang dilihat dalam siri ini, kedua-dua mereka berada dalam situasi sebagai orang buangan. Saya gemar memainkan watak saya sebagai anak yang tidak dikehendaki dalam siri ini dan ini juga sebab mengapa saya sukakan watak Tyrion.

S: Adakah anda dapati ada persamaan antara personaliti Jon Snow dan diri anda sendiri?

KH: Ya, ada. Saya rasa saya tidak mungkin mendapat watak ini jika persamaan itu tidak wujud. Saya rasa dia seorang yang pendiam. Dia banyak berfikir. Dia banyak memerhatikan semua yang berlaku sekelilingnya. Saya fikir, pada satu tahap saya juga begitu. Mungkin itulah yang dilihat oleh David (Benioff, Penerbit Eksekutif) dan Dan (Weiss, Penerbit Eksekutif) dalam diri saya apabila saya berada di bilik sesi uji bakat.

S: Anda menemui Ygritte dalam buku kedua. Tanpa mendedahkan terlalu banyak, apa agaknya yang boleh diharap oleh penonton daripada watak anda untuk musim kedua ini? Adakah bahagian tertentu yang membuatkan anda teruja?

KH: Ya, saya menemui Ygritte, seorang wanita. Ini ialah kali pertama kita melihat Jon sejak episod kedua, benar-benar berinteraksi dengan wanita. Ia menjadi sesuatu yang mengujakan bagi diri saya. Saya pernah membacanya dalam buku dan saya amat meminati bahagian itu. Saya tidak akan mendedahkan banyak tetapi, ya, ia sangat hebat bekerja dengan seseorang yang bukan sebahagian daripada Knights Watch dan seorang wanita.

S: Jika anda benar-benar telah terperangkap dalam Game Of Thrones, apakah antara gajet berteknologi tinggi yang akan anda bawa bersama?

KH: Bukan telefon pintar. Mungkin sesuatu yang akan menjadikan saya kelihatan seolah-olah seperti ahli sihir… seperti pemetik api… membuatkan orang fikir anda seorang yang menakjubkan.

S: Sean Bean terkejut apabila mendapati wataknya dibunuh. Jadi, adakah pengalaman itu mendorong anda untuk membaca kesemua buku-buku tajuk ini, untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya?

KH: Saya akan terus membaca siri buku-buku ini, tentu sekali. Dan, ya, saya agaknya tahu apa akan berlaku kepada watak saya kelak dan ia benar-benar mengujakan. Banyak kejutan-kejutan menanti dalam buku-buku ini. Anda tidak akan pasti sama ada anda selamat atau siapa yang akan terselamat dan itulah salah satu daripada perkara yang mendebarkan dalam siri ini. Watak yang baik tidak semestinya akan menang.