Bunyi tajuk seperti pasangan ini menyambut kelahiran kembar tetapi ia sebenarnya satu sambutan untuk meraikan ulangtahun kelahiran kedua anak mereka Ahmad Haziq dan juga merupakan majlis akikah untuk cahayamata baru mereka, Nur Latifah Chantiq.

Kami suka melihat pasangan Johan Raja Lawak & Ozlynn yang cantik sepadan berpakaian laksana pengantin baru pada majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat.


BACA: Johan Raja Lawak & Isteri Dedahkan Nama Anak Perempuan

Berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis termasuk gambar terbaru Nur Latifah Chantiq yang dikaburkan wajahnya untuk menjaga privasi mereka. (rtky/m)