fbpx

Geram Dengan Ruhila, Penonton Harap Suami Elvina Curang

Berjaya membawa watak antagonis sebagai Ruhila menerusi drama Takdir Yang Tertulis, pelakon Datin Elvina Mohamad menerima tempias sehingga digelar pelacur oleh netizen.

Kata Elvina lagi, ramai yang terbawa-bawa emosi daripada drama itu sehingga ada yang berani menghantar mesej sumpah seranah. Malah, ada yang menyumpah serta mendoakan agar pelakon tersebut menerima nasib yang sama dengan suaminya satu hari nanti.

BACA: Elvina Disumpah Seranah, Digelar Pelacur Kerana Ruhila

“Saya dapat kecaman yang teruk, mungkin sebab mereka terbawa emosi tu keluar sebab watak Ruhila tu. tapi jangan lah memaki, saya takut.

“Sampai ada yang menyumpah saya kena benda yang sama dengan suami suatu hari nanti,” katanya kepada mStar.

Meskipun berdepan kecaman, Elvina berkata dia berasa puas kerana bakatnya berjaya ditonjolkan dengan baik menerusi drama tersebut.

“Sebenarnya saya gembira dan berterima kasih kepada pengarah kerana bagi saya peluang bawa watak ini. Ini antara drama yang paling memberi impak besar dalam kerjaya saya,” katanya.

Elvina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Haniff Borhan pada Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Karl Mateen kini berusia tiga tahun.