fbpx

10 Selebriti Popular Menunaikan Ibadah Haji Tahun Ini

Menunaikan ibadah haji merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah.

Bayangkan daripada jutaan umat Islam yang mengimpikan peluang tersebut, mereka ini antara insan terpilih untuk menjadi tetamu Allah.

Kami senaraikan 10 selebriti popular yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

1. Neelofa

Untuk pengetahuan anda, tahun ini merupakan kali kedua Neelofa menunaikan ibadah haji. Kali pertama Neelofa menunaikan haji adalah pada tahun 2016. Namun apa yang berbeza tahun ini Neelofa ke Tanah Suci bersama ibunya serta dua adik lelakinya.

2. Erra Fazira

Ini merupakan kali pertama Erra Fazira mengerjakan haji dan beliau menunaikan rukun Islam kelima itu bersendirian tanpa ditemani mahram. Menurut Erra, beliau sudah lima tahun menyimpan hasrat untuk mengerjakan ibadah tersebut.

3. Datin Seri Umie Aida

Umie Aida meluahkan rasa syukur doanya untuk mengerjakan rukun Islam Kelima ketika menunaikan umrah pada Januari lalu dimakbulkan Allah. Umie ke Tanah suci ditemani suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan ini merupakan kali pertama Umie menunaikan haji.

4. Datin Seri Nur Shahida

Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri ini juga turut berpeluang untuk menunaikan ibadah haji buat kali kedua. Meskipun sedang sarat hamil anak kelima, Shahida berkata dia teruja untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama ahli keluarganya.

5. Ashraf Muslim

Meunaikan ibadah haji sendirian, Ashraf sudah pun berangkat ke Makkah pada Jumaat lalu. Menerusi Instagram, pelakon itu turut meninggalkan pesanan buat dua isterinya iaitu Dayana dan Sakinah.

6. Wany Hasrita

Menerima jemputan istimewa daripada kedutaan Arab Saudi, Wany Hasrita tidak menyangka diberi peluang menunaikan haji tahun ini dan pada usia muda 27 tahun.

7. Amira Othman

Berpeluang untuk menunaikan ibadah haji di usia muda, Amira Othman berangkat ke Tanah Suci bersama-sama Wany Hasrita semalam. Amira memberitahu peluang ini merupakan aturan Allah yang sungguh tidak diduga.

8. PU Riz

Pencetus Ummah (PU) Riz atau Muhammaf Haris Ismal meluahkan rasa syukur hasratnya untuk menunaikan ibadah haji menjadi kenyataan. Katanya proses permohonan agar rumit dan mengambil masa yang lama.

PU Riz sudah mengerjakan ibadah Umrah sebanyak enam kali dan ini kali pertama dia menunaikan haji.

9. Aris Ariwatan

Sepatutnya dia perlu menunggu giliran pada tahun 2021, namun rezeki penyanyi Aris Ariwatan tiba lebih awal untuk menunaikan ibadah haji. Penyanyi popular sekitar tahun 90-an menunaikan ibadah haji bersama isterinya.

10. Shamsul Ghau Ghau

Pelawak dan juga penceramah motivasi, Shamsul Ghau Ghau juga turut diberikan rezeki tahun ini untuk menunaikan ibadah haji buat kali kedua. Kali pertama Shamsul Ghau Ghau menunaikan haji adalah pada tahun 2012.