Amy Search Kecewa Dengan Penampilan Seksi Nabila HudaSeperti yang di’jangka ramai, penampilan Nabila Huda di majlis Anugerah Blockbuster 2012 hujung minggu lalu berjaya mencetuskan kontroversi baru untuk diri beliau.

Memakai gaun hitam rekaan Alia Bastamam, Nabila Huda berjaya mencuri tumpuan media juga para peminat di karpet merah majlis anugerah anjuran PFM & Astro itu.


Laporan Sinar Harian semalam ada menyebut yang Amy Search berasa terkilan dengan penampilan anak perempuan’nya itu lebih lebih kini beliau bergelar ibu tunggal.

“Memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu. Bagi saya designer perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia sendiri perlu tahu apa yang dipakainya”

“Seharusnya dia menjaga penampilan & imej, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau menjatuhkan dia,” kata Amy Search.