fbpx

Menteri: Ulang Siar Program Di Astro Satu Amalan Biasa & Bukan Masalah

Tengok, kami pun sudah mula pandai menulis kisah daripada parlimen Malaysia. Dan, ini kisah aduan orang ramai tentang ulang siar program di stesen TV berbayar, Astro.

Sekitar Ogos 2012 yang lalu, Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi  ada menyuarakan tentang program di Astro yang sering di’ulang tayang selain iklan yang semakin banyak.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum hari ini menjawab persoalan itu di Dewan Rakyat mengatakan ianya satu amalam biasa.

“Selain itu faktor aspek penjadualan rancangan yang pelbagai untuk memastikan setiap rancangan dapat di’tonton pelanggan pada masa dikehendaki mereka turut diambil kira”

Mengenai soalan penyiaran iklan komersil yang semakin kerap di Astro pula, beliau menjawab yang sepanjang suku pertama & kedua 2012, Astro tidak melebihi jumlah masa yang ditetapkan.

Laporan asal: Bernama