fbpx

Zul Ariffin Nekad Henti Kongsi Kisah Peribadi

Terpalit dengan kontroversi bahawa dia kini sedang bercinta dengan Zahirah MacWilson baru-baru ini hanya kerana mereka dilihat keluar berdua, Zul Ariffin menyifatkan perkara tersebut sebagai asam garam kehidupan selebriti.

BACA: Zul Ariffin Akui Hubungan Dengan Kekasih Masih Baik

“Peminat yang mengikuti perjalanan dan perkembangan diri saya akan faham malah tidak sesuka hati menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan saya. Hanya segelintir kecil individu yang tidak berpuas hati sering mengaitkan saya dengan pelbagai spekulasi tidak berasas”

“Setiap gosip yang diperkatakan, saya mempunyai jawapan. Saya tidak pernah lari dari memberi kenyataan kepada media sekiranya ada yang bertanya”

Saya harap peminat dapat membezakan antara kerjaya dengan peribadi. Saya risau isu membabitkan diri saya akan turut terpalit kepada keluarga kerana mereka tidak terbabit di dalam industri,” jelas Zul kepada Berita Harian sambil menyatakan dia bertekad untuk berhenti berkongsi mengenai kisah peribadinya.

Mungkin itu antara nilai yang perlu dibayar oleh Zul Ariffin sebagai seorang pelakon lebih-lebih lagi ketika namanya sedang melonjak naik. (rtky/s)