fbpx

Zizan Razak: Saya Tak Pernah Ganggu Hidup Emma

Baru-baru ini, bekas kekasih kepada pelakon, pelawak dan pengacara ini, Emma Maembong meluahkan perasaannya di laman sosial yang lebih terarah kepada rasa tidak puas hati terhadap Zizan Razak. Tidak mudah melatah, melalui portal Tonton Extra, Zizan menjelaskan pendiriannya pula.

BACA: Zizan Razak Akui Keluar Makan Bersama Ummi Nazeera

“Saya sangat mudah orangnya. Kalau ada apa yang tidak puas hati, boleh datang cakap terus dengan saya dan tidak perlu terus kepada media. Kalau hubungi saya tak dapat, boleh tinggalkan pesanan kepada saya. Saya dah berumur 31 tahun dan tak suka hal sebegini diperkecohkan”

“Tapi saya tak kisah dan akan ketepikan perkara itu. Saya juga maafkan dia dan saya pun minta maaf jika saya ada buat silap. Kalau nak uar-uarkan kepada pihak media mengenai perkara ini, tolong fikirkan air muka ibu dan bapa saya dulu”

“Nak cakap pasal saya tak apa, tapi fikirlah dulu yang saya masih ada ibu dan bapa di rumah yang mungkin membaca ruangan akhbar itu. Apa yang tertulis itu sangat memalukan dan juga mengaibkan. Jadi, berfikir jauh dulu sebelum kita bercakap,” jelas Zizan.

Selain itu, Zizan juga menyatakan bahawa dengan keadaan sebegitu, dia merasakan tidak ada keperluan lagi untuk dirinya berjumpa atau berbincang mengenai perkara yang sudah lepas malah turut mendoakan yang kebahagiaan buat Emma. (rtky/s)