fbpx

Zizan Razak Akui Hubungan Sudah Pulih, Kembali Bersama Emma Maembong

Buat peminat pasangan ini yang sentiasa mendoakan mereka untuk kembali bersama, ini ada satu berita gembira untuk anda semua apabila Zizan Razak sendiri hari ini mengakui yang beliau kini sudah kembali bersama Emma Maembong.

“Saya tak mahu kongsi tentang perkara itu kerana bagi saya ia sudah selesai, kami sudah kembali bersama dan ia tidak perlu diperbesarkan lagi. Saya hanya harap yang terbaik dan minta semua peminat mendoakan kami. Sekarang masa saya untuk beri perhatian kepada kerjaya,” ujarnya.

BACA: Hasrat Zizan Razak Beli Kereta Mewah Punca Putus Cinta?

Menurut laporan mStar Online juga, Zizan Razak menafikan yang isu saman oleh bekas pengurus beliau bersama tuntutan RM500,000 mempengaruhi percintaannya.

“Kadang kala tertekan juga tetapi saya tidak boleh tunjukan perasaan itu kepada orang ramai yang mahu melihat saya gembira. Saya tak boleh campurkan urusan peribadi dengan kerjaya,” tambah Zizan Razak lagi tentang kontroversi peribadinya. (rtky/m)