fbpx

Ziana Zain & 20 Orang Peminat Bercuti Ke Turki

Akhir tahun sebegini, ramai mengambil kesempatan untuk menghabiskan baki cuti yang ada untuk ke luar negara mencari ketenangan dari kesibukan kerja dan jika anda ikuti perkembangan selebriti di Instagram pun, ramai antara mereka yang kini sedang bercuti.

Salah seorangnya adalah penyanyi popular Ziana Zain yang sudah berada di bumi Turki sejak dua minggu yang lalu. Melalui Instagram beliau pun, saban hari ada sahaja gambar terbaru yang dimuat naik untuk tatapan para peminat.

Menurut sumber yang berkongsikan video di atas bersama kami, Ziana Zain terbang bercuti kali ini bersama 20 orang para peminatnya yang bertuah. Cemburu kami lihat video kembara penyanyi ini di Turki, entah bila pula giliran kami untuk sampai.

Buat anda, berikut beberapa keping gambar Ziana Zain bercuti di Turki baru baru ini. Enjoice!