fbpx

Yusry KRU Luah Rasa Syukur Jadi Suami Lisa Surihani

Ini memang sangat manis. Pada 23 Mac lalu, genaplah usia aktres jelita yang mendapat jolokan ‘Malaysia Sweetheart’ (buah hati Malaysia) Lisa Surihani ke-29 tahun dan apa yang kami katakan comel dan juga sweet adalah apabila Yusry meluahkan perasaannya di Instagram terhadap isteri tersayangnya itu.

BACA: Lisa Surihani Enggan Ulas Isu Kembar, Yusry Beri Hint

Yusry KRU Luah Rasa Bersyukur Jadi Suami Lisa Surihani - ROTIKAYA20150325_1784

Melalui laman Instagram miliknya, Yusry menulis ucapan mendoakan agar isterinya sentiasa beroleh segala yang terbaik, kegembiraan dan kebahagiaan berpanjangan dan menyatakan rasa bersyukur kerana dapat meraikan hari istimewa itu atas nama seorang suami dan berdoa semoga mereka terus melayari hari-hari yang indah seperti hari ini (hari lahir Lisa). Hari lain tidak indahkah? Okay, gurau saja.

Selain menerima ucapan daripada Yusry dan peminat, wanita yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi ini juga turut menerima ucapan daripada rakan artis seperti Fasha Sandha, Nora Danish dan juga tidak ketinggalan kawan baiknya, Fazura.

Apa-apa pun, kami berharap agar pasanagn ini beroleh kebahagiaan dan juga bakal dikurniakan dengan cahaya mata yang comel dan juga menjadi anak yang baik. (rtky/syfq)