fbpx

Yasmin Hani Anggap Rotan Murid Tidak Relevan

Pelakon Yasmin Hani baru-baru memberikan pendapat mengenai budaya guru menghukum murid dengan merotan mereka sudah tidak relevan lagi pada masa kini. Kata Yasmin, banyak lagi kaedah lain yang dilihat berkesan dalam mendidik anak murid.

BACA: Yasmin Hani Bakal Dedahkan Nama Anak Di Astro

“Saya rasa guru naik tangan kepada pelajar tidak perlu lagi sekarang ini kerana sesorang pelajar mungkin mempunyai gangguan atau masalah dalam hidupnya menyebabkan mereka melakukan kesalahan.

“Guru masa kini tidak perlu untuk mengikut cara guru-guru duhulu mengajar dengan merotan pelajar kerana masa kini terdapat pelbagai cara lain boleh dilakukan untuk menghukum para pelajar,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, pelakon ini juga menyatakan bahawa pendekatan untuk berkomunikasi secara baik dengan pelajar yang mempunyai masalah adalah lebih baik daripada terus menghukum tanpa mengetahui punca sebenar yang dihadapi.

“Bagi saya apa yang boleh guru lakukan ialah mengorek rahsia atau masalah yang dialami oleh pelajar dengan menggunakan perkataan How (bagaimana) dan What (apa) daripada bertanyakan why (kenapa) kerana ia dilihat seperti melakukan provokasi kepada sesorang pelajar.

“Guru harus menggunakan cara psikologi kepada pelajar kerana secara langsung pelajar itu akan bercakap dan mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi secara sendiri,” katanya sambil menyatakan bahawa ibu bapa dan guru harus bekerjasama dalam mendidik. (rtky/s)