fbpx

Waris Dahulukan Permintaan Isteri Tersayang

Melangsungkan majlis pernikahan tanpa liputan luas media baru baru ini, penyanyi rap, Waris menyatakan perkara tersebut sebenarnya merupakan permintaan isterinya malah dalam masa yang sama tidak berniat untuk membelakangkan pihak media.

BACA: Waris Selamat Diijabkabulkan Bersama Pilihan Hati

“Tiada istilah saya bersikap dingin dengan media atau sebagainya sehinggakan tidak menjemput mengadakan liputan majlis pernikahan saya. Majlis hanya berjalan secara sederhana. Tiada apa yang ingin saya sembunyikan kerana sedar media memainkan peranan yang sangat penting terhadap perjalanan seseorang anak seni.

“Namun, saya harus mendahulukan permintaan isteri yang tidak mahu terlalu menghebohkan berita pernikahan kami. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, dia (Izzati) sah menjadi isteri saya,” ujar Waris kepada Kosmo!.

Selain menyifatkan isterinya sebagai seorang yang sangat memahami, Waris turut menjelaskan bahawa dia telah mengenali isterinya itu sejak tingkatan satu lagi. Pasangan ini bakal berbulan madu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala Waris sempat menyatakan bahawa dia mahu lima orang anak. (rtky/s)