Oleh RotiKaya Staff pada
17 November 2012, 3:11PM

Ya, ini video lama. Sangat lama secara faktanya & di’terbitkan sekitar tahun 2008 pada asalnya untuk menyertai sebuah festival filem pendek yang tidak dapat kami pastikan.

Filem pendek bertemakan cinta gay Melayu ini di’arahkan oleh Mohd Ikram Ismail & khabarnya telah di’tayangkan di banyak tempat termasuk ASWARA & pelbagai festival filem indie.

Remy Ishak yang ketika itu baru sahaja bertapak dan popular dengan filem Anak Halal membawakan watak Danial dalam filem ini yang mempunyai kekasih sejenis bernama Aiman.

Ini kerja seni yang kritikal & mencabar norma filem biasa bagi kami walaupun pada tahun 2012, apatah lagi 4 tahun dahulu. Tonton dengan minda terbuka, itu sahaja. Enjoice!


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...