fbpx

Tunaikan Janji, Forteen Pukau 1000 Peminat Di Konsert

Hampir sebulan terpaksa menangguhkan konsert KITA 20FORTEEN bagi menghormati kejadian kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu, akhirnya semalam 26 April bertempat di KL Live,Kuala Lumpur konsert tersebut telah berlangsung dengan jayanya.

Hampir 1,000 peminat datang membanjiri KL Live demi menyaksikan konsert tersebut.

Selepas tiga bulan berhempas pulas dengan latihan, buat pertama kali nya,setelah hampir tiga tahun bertapak menempatkan diri dan nama di dalam industry muzik tanah air, kumpulan Forteen berjaya mengadakan sebuah konsert besar yang gilang gemilang dan apa yang pasti, bakal meninggalkan kesan yang hebat dihati para peminat tegar Forteen.

Peluang yang diberi oleh pihak KRU Muzik selaku label naungan Forteen diguna sebaik mungkin dan dijadikan satu platform untuk lebih maju kehadapan. KRU Muzik turut bertindak sebagai penganjur konsert yang berlangsung semalam.

Konsert ini diadakan sebagai tanda terima kasih Forteen pada peminat yang tidak jemu memberi sokongan dan menunjukkan kesetiaan pada mereka. Satu persatu kejayaan diraih Forteen sepanjang tiga tahun penglibatan mereka dalam industri.

Selain Forteen, artis-artis yang bernaung di bawah KRU Muzik turut sama membuat persembahan sebelum para peminat dihidang kan dengan persembahan mantap dari kumpulan Forteen sendiri.

Seawal jam 3.00 petang orang ramai sudah mula berasak memenuhi ruang KL Live. Tepat jam 4.00 petang konsert dimulakan dengan persembahan Qasri, Hazury, Fitri Hakim dan kumpulan duo lelaki, #tag sebelum kumpulan Forteen sendiri masuk menghiburkan peminat dengan 18 lagu berbisa mereka buat para peminat.

Persembahan kumpulan Forteen petang semalam telah berlangsung selama 2 jam bermula dari 4.30 petang hingga 6.30 petang.

Ketika konsert berlangsung, Forteen telah dikejutkan dengan pengiktirafan Anugerah Platinum daripada Recording Industry Association of Malaysia (RIM) diatas rekod jualan digital muat turun muzik bagi single pertama mereka Berdua Bersatu. Bagi menyempurnakan majlis, anugerah telah disampaikan oleh Norman Abdul Halim selaku pengerusi RIM. (rtky/bsr)