fbpx

Tonton ‘Raya Ni Mesti Kahwin’ & Belanja Untuk Menang Di Watsons

Dengan semangat hari raya yang semakin hampir, apakah lagi yang boleh menceriakan mood raya anda selain menonton drama bertemakan hari raya Raya Ni Mesti Kahwin yang kini sedang hangat bersiaran di TV3 sejak 29 Jun yang lalu.

Drama eksklusif lakonan Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi merupakan kerjasama antara Watsons dengan TV3 yang antara lain membolehkan anda berpeluang untuk membeli belah raya bersama bintang utama di cawangan Watson’s terpilih.

Dalam drama ini, watak utama Nana (lakonan Nina Iskandar) kini dalam dilema apabila kedua dua teman serumahnya kini sudah bertunang & merancang untuk berkahwin tiga minggu selepas hari raya. Jadi, Nana telah berjanji kepada dirinya sendiri untuk mencari lelaki idamannya dan berkahwin selepas raya.

bijan 0281_1

Elemen kejutan dan suspens dalam kisah ini boleh dihayati ketika siapakah lelaki pilihan hati Nana dan perjalanan gadis ini untuk mencari cinta sejatinya. Raya Ni Mesti Kahwin bersiaran setiap Sabtu & Ahad pada 9.30 malam bermula 29 Jun.

Bersempena dengan tayangan drama ini dan musim perayaan, Watsons akan mengadakan Jualan Raya Mega Sale sehingga 50% bermula 24 Jun sehingga 6 Ogos. Selain daripada itu, dengan pembelian RM30 dan ke atas, anda boleh mendapat Paket Raya Watsons eksklusif sementara stok masih ada.

bijan 0153

Bukan itu sahaja, sempena dengan drama Raya Ni Mesti Kahwin kami rasa mesti ada di kalangan anda yang ingin berkahwin dan juga mahu mengelak daripada situasi ditanya soalan “Bila Nak Kahwin?” oleh kawan kawan dan keluarga.

Dengan itu, Watsons memberikan peluang kepada anda dengan menganjurkan satu peraduan digital bertajuk #watsonssiapanakkahwin di Facebook dan Instagram, di mana satu (1) pemenang akan memenangi hadiah utama berupa pakej penginapan 3H2M di Holiday Villa Cherating dan pakej kecantikan untuk dua orang dari Facial First dan Bizzy Body dengan hanya memuat naik gambar bersama pasangan ke Facebook Malaysia Watsons atau Instagram dengan #watsonssiapanakkahwin. Senang ‘kan?

34

Apa lagi, hujung ini jangan lupa saksikan drama Raya Ni mesti Kahwin, jam 9.30 malam di TV3 dan sertai peraduan #watsonssiapanakkahwin. Kami akan kembali lagi dengan perkembangan terkini tentang peluang bertemu pelakon pelakon Raya Ni Mesti Kahwin dan baucer tunai untuk membeli belah dengan mereka. Eksklusif di Watsons.