fbpx

Tidak Habis Sekolah, Chacha Maembong Akui Malu Dicemuh

Tidak mahu berselindung, Chacha Maembong mengakui malu keranca sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain malah perkara itu turut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama rakan baru.

BACA: Adik Sokong Hubungan Emma Maembong, Kamal Adli

“Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih. Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down

“Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah. Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja.

“Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun,” jelasnya kepada mStar Online.

Walaupun Chacha tidak menempuhi alam persekolahan, dia sebaliknya mengambil inisiatif untuk belajar secara persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun. (rtky/s)