fbpx

Peluang Bertemu Lee Min Ho Di NU Sentral Jumaat Ini

Kepada peminat dunia hiburan Korea Selatan, ini pastinya satu peluang yang tidak boleh anda lepaskan untuk bertemu dengan salah seorang bintang besar dari sana. Lee Min Ho akan berada di Kuala Lumpur untuk anda semua Jumaat ini.

Bintang yang popular menerusi drama bersiri Boys Over Flower dan The Heirs ini bakal hadir ke Kuala Lumpur sebagai duta kepada 11street yang merupakan pusat beli belah online yang bakal dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada hujung minggu ini.

Lee Min Ho akan berada di NU Sentral pada jam 5.00 petang Jumaat ini dan 22 orang peminat bertuah akan memiliki peluang untuk bergambar dengan bintang Korea ini & anda boleh mencuba nasib menerusi satu peraduan yang dianjurkan 11street di laman rasmi mereka.

Kehadiran Lee Min Ho sebagai jurucakap atau duta 11street turut akan ditemani oleh pelakon Malaysia, Emily Chan yang juga dilantik dengan tugas sama. Jangan lepaskan peluang ini jika anda peminat tegar dan sila jaga tingkah lagu. (rtky/m)