fbpx

Tempah Baju Di Butik Pengantin — Ana Dahlia Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi?

Pereka fesyen pengantin, Ezuwan Ismail baru baru ini ada berkongsi sekeping gambar melalui Instagram beliau menunjukkan Ana Dahlia dan pasangan hadir ke butik beliau.

Melalui gambar tersebut, pereka fesyen itu menulis yang mereka sudah selesai berbincang dan berterima kasih kepada Ana Dahlia dan pasangannya kerana memilih beliau (sebagai pereka baju pengantin, kami anggap).

Kalau benar seperti yang kami sangkakan, Ana Dahlia yang juga pernah bergelar isteri kepada Chef Riz ini nampaknya bakal mendirikan rumahtangga buat kali ketiga (ada yang kata ini adalah kali keempat) dengan jejaka berusia 23 tahun ini.

#02 Ana Dahlia Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi? - ROTIKAYA

Sehingga saat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari mulut Ana Dahlia dan kami pasti pelakon ini akan berkongsi kisah gembira ini tidak lama lagi. Tahniah kami dahulukan, jangan lupa jemput kami kelak. #takmalu (rtky/m)

#01 Ana Dahlia Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi? - ROTIKAYA