fbpx

Taufik Batisah Tidak Mahu Teman Wanita Mengongkong

Tidak henti-henti digosipkan bersama dengan Nur Fazura bermula daripada program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang baru tamat baru-baru ini, Taufik Batisah menerima perkara tersebut sebagai satu lumrah apabila bergelar artis.

BACA: Fazura Terima Jika Berjodoh Dengan Taufik Batisah

“Dia gadis cantik, sopan, baik budi dan berbakat”. Itu kata penyanyi Singapura, Taufik Batisah, 34, mengenai pelakon jelita tanah air Fazura.

Pelbagai spekulasi sempat singgah pada Batisah sehingga mereka juga dikatakan sudah bertunang selain Fazura sendiri pernah membuat pengakuan bahawa dia selesa bersama Taufik dan menganggap penyanyi itu seorang lelaki yang bijak.

“Gosip ini tidak benar, maka saya tidak mahu ambil pusing dan terlalu memikirkannya. Pada saya, gosip ini juga sebahagian daripada lumrah kehidupan artis,” katanya.

Sementara itu, Taufik juga mmeberitahu, dia juga sukakan kebebasan dan tidak mahu terkongkong. Bermula daripada kisah rakan-rakannya yang tidak bebas apabila berada di dalam sebuah perhubungan, akhirnya terciptalah lagu – Awak Kat Mana.

“Saya sukakan kebebasan dan terus terang memang tak boleh terima jika diri dikongkong. Sekiranya saya berada di tempat rakan saya yang mempunyai kekasih terlebih prihatin ini, perkara pertama dilakukan adalah berbincang. Jika tidak berkesan, saya angkat kaki,” jelasnya lagi.(rtky/syfq)