Penerbit Filem Indonesia Mahu Siti Nurhaliza Berlakon Bersama Nicholas Saputra

Kita beri peluang kepada Dato’ Siti Nurhaliza untuk muncul berkali kali sebagai topik entri hari ini.

Maklum’lah hari ini ulangtahun kelahiran penyanyi kesayangan ramai ini dan Siti Nurhaliza kini pun berada di Dubai, UAE.

Ada khabar dari seberang berkata yang seorang penerbit filem di Indonesia berminat untuk melamar Dato’ Siti Nurhaliza sebagai pelakon dalam salah sebuah filem terbitan mereka. PT Kentfilms Production bakal terbitkan sebuah filem berjudul Kekuatan Cinta tidak lama lagi.

Siti Nurhaliza di’khabarkan bakal di’tawarkan watak sampingan di’samping pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan filem Kekuatan Cinta ini akan di’tayangkan di Indonesia pada tahun ini.  Teruskan Membaca

Gambar: Siti Nurhaliza Sambut Hari Lahir Ke Dubai Bersama Suami & Rakan Rapat

Sedar atau tidak, setiap 11 Januari Malaysia sebenar’nya meraikan ulang tahun kelahiran seorang lagenda nyanyian – Siti Nurhaliza.

Hari ini, Utusan Malaysia jadikan wajah Siti Nurhaliza sebagai muka hadapan sisipan HITS & saluran History Channel bakal menyiarkan satu dokumentari khas tentang perjalanan karier nyanyian insan bergelar Siti Nurhaliza.

Penyanyi nombor satu Malaysia ini kini berada di Dubai bersama suami, Datuk K untuk meraikan hari istimewa di’sana.

Boleh kita lihat bagaimana bahagia’nya wajah Dato’ Siti Nurhaliza bercuti bersama orang tersayang dan juga teman teman rapat sempena ulangtahun kelahiran  beliau ke 32. Seperti biasa, kami tertanya apakah hadiah istimewa daripada Datuk K tahun ini?

Selamat hari lahir Dato’ Siti Nurhaliza daripada kami di Rotikaya HQ. Beberapa keping gambar kiriman empunya badan melalui akaun Twitter rasmi beliau dari Dubai, UAE selepas ini. Enjoice!  Teruskan Membaca

Transformasi GLAM Siti Nurhaliza, Kini Undi Mana Satu Kegemaran Anda

Selamat datang sekali lagi wahai hari minggu yang di’nanti sejak lima hari yang lalu. Seperti biasa.

Kami sebenarnya ingin memuji usaha majalah GLAM yang berani tampilkan kelainan dalam usaha untuk terus relevan.

Projek transformasi epik Dato’ Siti Nurhaliza ini mendapat liputan agak meluas dari laman hiburan atas talian yang jarang jarang berlaku untuk sebuah majalah.

GLAM tampil dengan 4 rekaan muka hadapan eksklusif yang menampilkan Siti Nurhaliza dalam imej klasik ikon muzik Hollywood Madonna.

Secara peribadi, kami sukakan kesemua rekaan yang di’tampilkan GLAM kali ini kerana bukan mudah untuk kita semua nikmati hasil sebegini.

Anda pula bagaimana? Tatap empat muka hadapan istimewa GLAM edisi Januari 2012 bersama Siti Nurhaliza selepas ini dan tentukan yang mana satu pilihan kalbu. Ini aktiviti ringan hujung minggu anda. Teruskan Membaca

Gambar: Transformasi Siti Nurhaliza Persis Madonna Untuk GLAM Edisi Khas

Walaupun imej di’sebelah bukan satu idea asal namun ia’nya imej terbaik & paling elegan Dato’ Siti Nurhaliza sehingga hari ini.

Majalah GLAM edisi khas Januari 2012 berjaya menampilkan sesuatu yang berlainan dalam gaya penyanyi nombor satu negara ini — sofistikated.

Muka hadapan GLAM versi Dato’ Siti Nurhaliza ini di’ilhamkan dari penampilan Madonna menerusi lagu hits 80′an, Lucky Star.

Untuk edisi Januari 2012, GLAM akan menampil empat versi muka hadapan yang berbeza untuk koleksi peminat hiburan & fesyen Malaysia sebagai pembuka tirai tahun 2012 yang sangat di’nantikan.

Anda bagaimana? Setuju dengan penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza untuk GLAM Januari 2012 ini — atau anda sudah terkilan rambut beliau sudah berubah warna dan bukan bertudung? Hmm.

Siti Nurhaliza Bakal Bawa Medley Sudirman Di Anugerah Juara Lagu Ke 26?

Ini bukan kali pertama Dato’ Siti Nurhaliza di’panggil ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) semata mata untuk persembahan khas.

Umum sudah mengetahui yang Siti Nurhaliza memilih untuk tidak masuk bertanding sejak tahun 2008 dengan Destinasi Cinta (2007) sebagai karya terakhir ke pentas Anugerah Juara Lagu.

Sejak itu, pihak penganjur Anugerah Juara Lagu (AJL) telah dua kali memanggil Siti Nurhaliza sebagai kemunculan khas.

Dan secara tidak langsung mengubat rindu peminat untuk melihat penyanyi nombor satu ini beraksi di pentas AJL.

Untuk tahun ini, dengarnya pihak penganjur AJL sekali lagi akan memanggil Siti Nurhaliza untuk membuat persembahan khas dan kali ini dengan beliau akan membawakan medley lagu lagu popular Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Kalau benar seperti yang di’laporkan Berita Harian hari ini, memang kehadiran Siti Nurhaliza boleh menjadi pelaris malam Anugerah Juara Lagu ke 26 nanti.