fbpx

Benar bak di’kata orang, kalau kita bercita cita, biar setinggi mungkin & kalau gagal, sekurang kurang kita akan jatuh ke tempat terbaik.

I don’t know what does that even means. Yang pastinya Dato’ Siti Nurhaliza punyai cita cita yang memang besar untuk album baru.

Setelah album Inggeris pertama beliau berjaya terjual lebih 40,000 unit secara fizikal & lebih 30,000 jumlah download untuk single Falling In Love, Siti Nurhaliza yakin dengan jalan baru beliau ini.

Dalam pertemuan bersama media semalam di konti Suria FM, Siti Nurhaliza memberitahu yang beliau sudah memulakan perbincangan awal dengan wakil dua orang pemenang anugerah Grammy iaitu Bruno Mars & David Foster ketika hadir ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru baru ini. 

David Foster sendiri telah memenangi 16 anugerah Grammy sehingga ke hari ini dari 47 pencalonan & Bruno Mars memenangi satu anugerah Grammy dari tujuh pencalonan pada majlis ke 53.

Semoga tercapai hasrat Dato’ Siti Nurhaliza untuk mendapatkan khidmat dua orang penyanyi bertaraf epik ini untuk album terbaru beliau.