Aliff Aziz Kini Menetap Di Kuala Lumpur, Berminat Untuk Tukar Warganegara Malaysia

Selamat bekerja kepada mereka yang berada di’luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Labuan — kita senasib, cuti bukan milik kita. Eh.

Di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 26 beberapa hari lalu, Rotikaya sempat bertemu dengan penyanyi muda, Aliff Aziz yang kini khabarnya sudah kembali aktif dalam industri hiburan.

Aliff Aziz berkata kepada kami untuk makluman anda semua yang beliau kini sudah sepenuh masa tinggal di Kuala Lumpur sejak awal tahun kerana ingin fokus kepada kerjaya seni beliau di’sini.

Selepas tamat menjalani program khidmat negara di SIngapura, Aliff Aziz kini sedang dalam pertimbangan untuk memohon warganegara Malaysia — seperti idola beliau sedang lakukan ketika ini, Aaron Aziz.  Teruskan Membaca

Aaron Aziz Cedera Di Lokasi Filem, Peminat Di Twitter Doakan Yang Terbaik

Alhamdulillah kami selamat tiba ke Kuala Lumpur selepas 3 hari di Johor Bahru untuk road show Anugerah Juara Lagu 26. Terima kasih kerana prihatin. #Perasan

Beberapa jam lalu, dunia Twitter agak heboh dengan berita yang mengatakan Aaron Aziz kini di’masukkan ke hospital akibat kecederaan ketika bekerja.

Kami di’fahamkan yang Aaron Aziz mengalami kecederaan ketika menjalani pengambaran filem KL Gangster 2 yang membabitkan adegan pelanggaran kereta & pelakon ini melakonkan sendiri adegan tersebut tanpa menggunakan khidmat stuntman.

Pemeriksaan lanjut oleh doktor di’hospital mendapati tiada kecederaan serius yang di’alami oleh Aaron Aziz selain lebam dan sakit luaran. Mari kita doakan semoga pelakon lelaki kegemaran ramai ini cepat sembuh. Heh.

Hantu Bonceng Kutip RM8.35 Juta, Filem Kedua Terlaris Sepanjang Zaman

Formula Ahmad Idham nampaknya menjadi sekali lagi, kali ini dengan syarikat sendiri.

Hantu Bonceng yang memulakan tayangan pada 31 Ogos lalu berjaya mengutip RM8.35 juta sehingga ke hari ini.

Filem blockbuster yang di’bintangi Zizan Raja Lawak & Juliana Evans ini mendapat sambutan hangat apabila mula di’tayangkan di lebih 80 panggung wayang seluruh negara, Brunei & Singapura.

Angka tersebut menjadikan filem Hantu Bonceng kini berada di tangga kedua filem terlaris sepanjang zaman selepas KL Gangster yang berjaya mengutip hampir RM12 juta.

Walaupun Finas belum secara rasmi meletakkan Hantu Bonceng dalam senarai, kutipan RM8.35 juta sudah mengatasi kutipan filem Ngangkung & Kongsi.

Angka kutipan mungkin meningkat selepas ini kerana Hantu Bonceng kini sudah memasuki setiap rumah yang mempunyai Astro melalui Astro First dan beberapa panggung wayang masih terus menayangkan filem ini atas permintaan. Teruskan Membaca

Muzik Sabtu: Hydir Idris, Bakat Muda Bersuara Besar Dari Singapura

Dalam halatuju baru Rotikaya.com, kami memutuskan untuk tidak hanya fokus kepada berita sensasi & gossip.

Industri hiburan perlukan medium seperti kami untuk membawa bakat bakat baru ke hadapan. Cewah perasan.

Dengan itu lahirlah Filem Minggu Ini & segmen terbaru, Muzik Sabtu yang akan mengetengahkan bakat baru dalam dunia hiburan tempatan & serantau.

Minggu ini kita ada bakat baru dari Singapura yang di’ketengahkan oleh Imran Ajmain, Hydir Idris. Tepuk kawan kawan.

Menurut profile yang di’bekalkan oleh Imran Ajmain sendiri, Hydir Idris merupakan finalis sebuah program di realiti di Singapura dan terkeluar di’peringkat awal.

Namun bakat besar beliau di’kesan oleh Imran Ajmain dan bersetuju untuk menjadi penerbit bersama single pertama berjudul ‘Kasih Belum Termiliki’.

Khabarnya bakat Hydir Idris ini juga mendapat perhatian Jamal Abdillah apabila beliau menjemput Hydir Idris menjadi artis pembukaan persembahan beliau di Singapura.

Lagi ‘Kasih Belum Termiliki’ ini di’cipta oleh Hafiz Hamidun dan senikata di’cipta oleh Ad Samad. Anda boleh saksikan video klip terbitan bersama Imran Ajmain selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

Aaron Aziz Bakal Tukar Warganegara, Mula Jual Asset Di Singapura?

Pertama sekali tentang gambar Aaron Aziz dan anak’nya Dahlia di’sebelah, isn’t it cute overload?

Kami dengan ini mengaku bersalah kerana ‘mencuri’ gambar ini dari Twitter isteri Aaron Azia, Diyana Halik.

Seperti semua sedia maklum, aktor lelaki yang sedang hangat ini bukanlah warganegara Malaysia walaupun nama Aaron Aziz sudah meniti bibir setiap wanita di Malaysia.

Mengikut perkhabaran yang kami terima dari Singapura, Aaron Aziz di’katakan telah mula menjual semua asset yang beliau miliki di sana.

Jika perkhabaran ini benar, maka ini petanda baik untuk Malaysia kerana bakal menerima seorang warganegara baru yang berbakat dalam bidang lakonan. Asset untuk Malaysia.

Dan, kami pasti lebih senang untuk Aaron Aziz sekeluarga menikmati faedah sebagai rakyat Malaysia. Welcome to Malaysia Aaron Aziz! Eh.

12