fbpx

Gambar: Maya Karin Saksikan Formula 1 Di Singapore Grand Prix

Gambar: Maya Karin Saksikan Formula 1 Di Singapore Grand PrixKalau seseorang selebriti itu cukup eksklusif, apa pun yang di’lakukan akan menjadi perhatian. Maya Karin antara mereka tidak terlepas dari tumpuan, walau hanya makan cendol.

Kurang 24 jam yang lalu, Maya Karin melalui akaun Twitter mengirimkan sekeping gambar beliau yang sedang berada di garaj pasukan Formula Satu Lotus di Singapore Grand Prix.

Menariknya, kehadiran Maya Karin di garaj itu menimbulkan persoalan di kalangan peminat hiburan akan kaitan pelakon dan penyanyi itu dengan pasukan tersebut.

Kami pasti yang Maya Karin mempunyai tiket akses ke semua lokasi perlumbaan atau beliau sekadar di’berikan layanan VIP kerana status selebriti beliau. Atau, VIP layan beliau? Hah.

Dan, menjawab soalan peminat di Twitter tentang wajah beliau Maya Karin akui tidak mengenakan sebarang solekan ketika itu kerana muka boleh gatal gatal kerana kosmetik.