fbpx

Aaron Aziz Bakal Tukar Warganegara, Mula Jual Asset Di Singapura?

Pertama sekali tentang gambar Aaron Aziz dan anak’nya Dahlia di’sebelah, isn’t it cute overload?

Kami dengan ini mengaku bersalah kerana ‘mencuri’ gambar ini dari Twitter isteri Aaron Azia, Diyana Halik.

Seperti semua sedia maklum, aktor lelaki yang sedang hangat ini bukanlah warganegara Malaysia walaupun nama Aaron Aziz sudah meniti bibir setiap wanita di Malaysia.

Mengikut perkhabaran yang kami terima dari Singapura, Aaron Aziz di’katakan telah mula menjual semua asset yang beliau miliki di sana.

Jika perkhabaran ini benar, maka ini petanda baik untuk Malaysia kerana bakal menerima seorang warganegara baru yang berbakat dalam bidang lakonan. Asset untuk Malaysia.

Dan, kami pasti lebih senang untuk Aaron Aziz sekeluarga menikmati faedah sebagai rakyat Malaysia. Welcome to Malaysia Aaron Aziz! Eh.