fbpx

Takut Malu: Mamat Keluar Lokap Kerana Ibu Kekasih Bawah Umur

Alahai. Terasa pelik juga dalam hati membacakan kisah Mamat yang belum habis.

KOSMO! hari ini ada melaporkan individu yang menjamin Mamat keluar lokap di’Singapura bukanlah ‘saudara’ dekat dengan Mamat.

Tetapi, individu tersebut adalah ibu kepada kekasih Mamat yang berusia 16 — punca keruntuhan rumahtangga Mamat.

Ibu kepada gadis ini di’katakan sanggup menjamin Mamat keluar lokap kerana takut malu akan di’perkatakan orang tentang anak gadisnya yang punya teman lelaki seperti Mamat.

Apa yang menimbulkan perasaan pelik di’hati kami ialah, jika benar si ibu ini malu akan perbuatan Mamat, ada baiknya beliau berdiam diri & tidak masuk campur.

Sekarang, kes Mamat sudah ada bayangan ibu kekasih beliau. Mungkin selepas ini, peguam untuk Mamat pun akan si ibu itu sediakan. Maklumlah, bakal menantu kesayangan.