Aaron Aziz Kerjakan Umrah, Fear Factor Asia & Yourgurt

Ketika anda menonton video eksklusif bersama Aaron Aziz di’bawah, kemungkinan besar pelakon popular ini sudah pun dalam perjalanan bersama isteri tercinta ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah selama 12 hari sehingga hujung bulan Mei ini.

Kami cuba lari dari bertanyakan tentang isu permit kerja yang di’timbulkan sejak akhir akhir ini, Aaron Aziz yang kelihatan agak penat berkongsi kisah beliau yang terpilih menjadi pengacara buat pertama kali untuk program TV Fear Factor Asia — tanpa apa apa persedian sehingga hari ini.

Aaron Aziz di’temui ketika hadir ke majlis mengumumkan yang beliau kini bergelar jurucakap untuk satu jenama yogurt tempatan, Yourgurt di Putra World Trade Centre semalam.

Gambar terima kasih tanpa prejudis: Cipot Redz