fbpx

Hantu Bonceng Kutip RM8.35 Juta, Filem Kedua Terlaris Sepanjang Zaman

Formula Ahmad Idham nampaknya menjadi sekali lagi, kali ini dengan syarikat sendiri.

Hantu Bonceng yang memulakan tayangan pada 31 Ogos lalu berjaya mengutip RM8.35 juta sehingga ke hari ini.

Filem blockbuster yang di’bintangi Zizan Raja Lawak & Juliana Evans ini mendapat sambutan hangat apabila mula di’tayangkan di lebih 80 panggung wayang seluruh negara, Brunei & Singapura.

Angka tersebut menjadikan filem Hantu Bonceng kini berada di tangga kedua filem terlaris sepanjang zaman selepas KL Gangster yang berjaya mengutip hampir RM12 juta.

Walaupun Finas belum secara rasmi meletakkan Hantu Bonceng dalam senarai, kutipan RM8.35 juta sudah mengatasi kutipan filem Ngangkung & Kongsi.

Angka kutipan mungkin meningkat selepas ini kerana Hantu Bonceng kini sudah memasuki setiap rumah yang mempunyai Astro melalui Astro First dan beberapa panggung wayang masih terus menayangkan filem ini atas permintaan.

Namun ada sesuatu yang tidak sedap timbul selepas kejayaan filem ini, Zizan Raja Lawak di’katakan sengaja menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W dalam salah satu adegan di’bawah. Saksikan.

Jika anda tanyakan pada kami, ini sebenarnya lebih kepada kecuaian pihak yang memberikan sentuhan terakhir (editing) yang sepatutnya menjadi pertahanan terakhir untuk perkara perkara sebegini.