Selepas Enam Tahun, Siti Nurhaliza & Sharifah Aini Kembali Bersama

The title does not sound right at all. Don’t you think? Kembali bersama bunyi macam kekasih berpisah bersatu semula. Yeah, sort of.

Terima kasih kepada Huzz, editor majalah URTV yang menjayakan sessi fotografi epik ini yang menemukan dua selebriti yang pernah bertegang urat satu ketika dahulu.

Dalam sessi fotografi yang di’adakan baru-baru ini sempena menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, kedua-dua penyanyi lagenda Malaysia ini mengakui yang tiada dendam dalam hati masing-masing.

“Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru,” kata Siti Nurhaliza.

“Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku,” kata Sharifah Aini pula.

Baguslah kalau begitu. Ada masa & kelapangan bolehlah adakan konsert mega bersama, siapa tahu. Lagi gambar selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Sharifah Aini Batal Saman Terhadap Utusan Selepas Lima Tahun

Sedikit klasik gambar Sharifah Aini untuk hari ini. Ubah selera sekali sekala kan?

Berita Harian hari ini melaporkan yang penyanyi evergreen Malaya, Sharifah Aini menarik balik tuntutan saman terhadap kumpulan Utusan selepas 5 tahun.

Tuntutan saman itu di’buat terhadap satu artikel yang di’katakan memfitnah Sharifah Aini bertajuk ‘SMS & Umang Umang’ dalam ruangan ‘Cubit Manja’.

Beliau menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi umum, pampasan, teladan dan menuntut suatu injunksi bagi menegah defendan menerbitkan kenyataan yang memburuk-burukkannya.

Sharifah Aini menarik semula saman tersebut Jumaat lalu & media masih menanti sebab sebenar tindakan Sharifah Aini ini.

Bagi kami, baguslah kalau begitu. Jika ada penyelesaian luar mahkamah, itu lebih baik untuk hubungan wartawan & artis. Kita kan saling memerlukan.