fbpx

Sharifah Aini Batal Saman Terhadap Utusan Selepas Lima Tahun

Sedikit klasik gambar Sharifah Aini untuk hari ini. Ubah selera sekali sekala kan?

Berita Harian hari ini melaporkan yang penyanyi evergreen Malaya, Sharifah Aini menarik balik tuntutan saman terhadap kumpulan Utusan selepas 5 tahun.

Tuntutan saman itu di’buat terhadap satu artikel yang di’katakan memfitnah Sharifah Aini bertajuk ‘SMS & Umang Umang’ dalam ruangan ‘Cubit Manja’.

Beliau menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi umum, pampasan, teladan dan menuntut suatu injunksi bagi menegah defendan menerbitkan kenyataan yang memburuk-burukkannya.

Sharifah Aini menarik semula saman tersebut Jumaat lalu & media masih menanti sebab sebenar tindakan Sharifah Aini ini.

Bagi kami, baguslah kalau begitu. Jika ada penyelesaian luar mahkamah, itu lebih baik untuk hubungan wartawan & artis. Kita kan saling memerlukan.