fbpx

Menukar strategi daripada menonjolkan tarian kepada menekankan aspek vokal ternyata menjadi buat KJ yang merupakan protege Adam AF dalam persaingan konsert kedua kumpulan B Mentor 6 ini.

Memilih lagu Tapi Bukan Aku nyanyian asal Kerispatih sebelum bergandingan dengan Anas dengan lagu Sesuatu Janji nyanyian Taufik Batisah, ternyata KJ berjaya menonjolkan keupayaan sebenar vokal beliau — yang mempunyai kekuatan sendiri untuk di’asah menjadi lebih baik.

Juri awam memberikan 18 markah untuk KJ & markah keseluruhan selepas berakhirnya konsert adalah 63 markah — satu mata mengatasi Zatul yang berjaya membawa pulang 62 markah untuk bekalan konsert kali ketiga nanti. Caroline terpaksa berpuashati dengan 58 markah. 

Markah terkumpul sehingga minggu kedua masih menyaksikan Caroline mendahului dengan 129 markah keseluruhan di’ikuti Zatul dengan 116 markah & di’ekori rapat oleh KJ dengan 115 markah. Adakah konsert ketiga bakal merubah situasi selesa Caroline?