fbpx

Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Hospital Dek Jangkitan Kuman Di Paru Paru

10 jam yang lalu. 10 jam dan bagaimana kisah ini boleh terlepas dari di’kesan radar hiburan kami. Datuk Sharifah Aini kini berada di’sebuah hospital swasta.

Menurut status terkini di Facebook rasmi Datuk Sharifah Aini, biduanita negara itu kini berada di sebuah hospital swasta selepas di’masukkan akibat jangkitan kuman di’paru paru.

Kenyataan yang di’keluarkan oleh sahabat baik Datuk Sharifah Aini yang bernama Khalilah Dato’ Mohd Talha turut menyebut yang sebab utama kemasukkan ke hospital tersebut di’sahkan oleh doktor peribadi penyanyi itu.

Namun, kenyataan ringkas tersebut tidak menyebut akan lokasi hospital swasta di’mana Datuk Sharifah Aini kini di’rawat. Mari kita doakan semoga lagenda suara ini cepat sembuh & kuat semangat menghadapi dugaan ini.