PROMO: Filem Bujang Terlajak Tampilkan 3 Pelawak Terkenal Bersama Nur Fazura

Dengan kemeriahan filem terbitan anak tempatan untuk 2012, kami terfikir untuk buat laman khas untuk filem kita, bukan database tetapi lebih kepada berita dan perkembangan. Jangan tiru. LOL

Untuk tahun 2012, Prof Madya A. Razak Mohaideen membawakan sebuah filem komedi dengan gabungan mantap tiga pelawak terkenal bersama Nur Fazura.

Bujang Terlajak, Belum Terlanjur merupakan sebuah filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang menerima banyak input dari ramai orang untuk hasil yang terbaik di’pawagam.

Berlakon bersama tiga orang pelawak yang terkenal dengan sikap kelakar mereka di’dalam & luar filem membuatkan ia’nya bukan satu kerja mudah buat aktress sensasi Nur Fazura.

Menurut Saiful Apek dalam satu kenyataan kepada media, Nur Fazura pandai menahan ketawa ketika penggambaran dan hanya akan ketawa sekuat hati selepas pengarah tamatkan scene. Teruskan Membaca

Raya Tak Jadi Kutip RM3.1 Juta Dalam Masa 4 Hari, Comeback Prof Madya?

Photobucket

Awesome! Itu saja yang dapat kami katakan apabila membaca tweet salah seorang rakan media kami, Budiey.

Ntah tepat atau tidak angka kutipan tersebut kami tetap yakin dan percaya dengan tweet dari Budiey, seorang penulis blog hiburan sepenuh masa yang tidak asing lagi dari kalangan media dan artis.

Walaupun ramai yang kondem filem Raya Tak jadi tapi filem ini tetap mempunyai peminatnya tersendiri. Kami juga rasa, tanpa Johan Raja Lawak dan Apek mungkin filem ini bakal menduduki carta salah satu daripada filem gagal Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Filem terakhir Prof Madya A. Razak Mohaideen sebelum ini Ratu & 4 Madu di’kritik hebat oleh peminat & peminat filem dan ramai berpendapat kerjaya pengarah komedi ini bakal berakhir.

Namun dengan prestasi memberangsangkan filem Raya Tak Jadi yang masih mempunyai masa yang lama untuk tempoh wajib tayang, kemungkinan ini merupakan comeback Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Sila terima dengan hati & dompet yang terbuka, Prof Madya A. Razak Mohaideen akan buat lebih banyak filem selepas ini.

(Gambar) Saiful Apek Dalam Persalinan Lokap, Masih Mampu Senyum Ceria

Update (17/6/2010): Kes Dadah, Saiful Apek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis via mStar Online

Seperti semua sedia maklum, Saiful Apek dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartment milik pelawak & pelakon tersebut bersama 40 gram ganja.

Kenyataan terbaru pihak polis menyebut yang nasib Saiful Apek & lima orang rakan’nya akan hanya di’ketahui esok samada mereka di’benarkan untuk ikat jamin atau tidak.

Baca maklumat lanjut beserta akta-akta yang di’sabitkan & juga laporan penuh di mStar Online, gambar juga milik mereka.

Pelawak dan Pelakon Terkenal Ditahan, Polis Temui Puluhan Gram Ganja

KUALA LUMPUR 13 Jun – Seorang pelawak dan pelakon terkenal ditahan bersama enam lagi rakannya termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Sunway, dekat sini malam tadi.

Serbuan yang dilakukan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya pada pukul 10 malam itu, turut menemui puluhan gram dadah jenis ganja di dalam rumah terbabit.

Update: mStar Online sekali lagi tanpa segan & silu mendedahkan Saiful Apek sebagai pelawak & pelakon yang di’tahan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelakon yang pernah merangkul Anugerah Bintang Popular itu. – Utusan Malaysia

Editor’s Note: Ha! Boleh sudah kita mulakan tanggungjawab sebagai rakyat Republik Gossip untuk meneka siapakah gerangan si empunya badan.