Ini bukan pertama kali kami dengar atau baca tentang Saiful Apek yang kurang berpuashati dengan kenyataan David Teo sebelum ini berkaitan arwah Bob Kuman.
Beberapa laporan media ada menyebut yang David Teo pernah menggelarkan perbuatan Bob Kuman mendedahkan keadaan kewangan beliau sebagai tindakan meminta sedekah.
Awal tengah malam tadi, Saiful Apek menulis sebaris ayat yang di’dakwanya sebagai kenyataan terbaru David Teo tentang pemergian Bob Kuman menemui Ilahi minggu lalu.
Saiful Apek menulis melalui laman Facebook rasmi beliau dengan ayat berbunyi “HA HA HA! sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA HA HA!” bersama gambar penerbit terkenal itu.
Kami cuba mengenalpasti sama ada dakwaan ini benar benar di’keluarkan oleh Saiful Apek atau seseorang yang menceroboh akaun Facebook beliau sebagai satu perbuatan sabotaj.
Namun beberapa kenyataan susulan selepas status Facebook penuh kontroversi ini, Saiful Apek menulis lagi menyakinkan peminat beliau di laman sosial Twitter dan Facebook bahawa kenyataan itu benar belaka, selain mencabar wartawan untuk menulis tentang hal ini.