Dengan kemeriahan filem terbitan anak tempatan untuk 2012, kami terfikir untuk buat laman khas untuk filem kita, bukan database tetapi lebih kepada berita dan perkembangan. Jangan tiru. LOL

Untuk tahun 2012, Prof Madya A. Razak Mohaideen membawakan sebuah filem komedi dengan gabungan mantap tiga pelawak terkenal bersama Nur Fazura.


Bujang Terlajak, Belum Terlanjur merupakan sebuah filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang menerima banyak input dari ramai orang untuk hasil yang terbaik di’pawagam.

Berlakon bersama tiga orang pelawak yang terkenal dengan sikap kelakar mereka di’dalam & luar filem membuatkan ia’nya bukan satu kerja mudah buat aktress sensasi Nur Fazura.

Menurut Saiful Apek dalam satu kenyataan kepada media, Nur Fazura pandai menahan ketawa ketika penggambaran dan hanya akan ketawa sekuat hati selepas pengarah tamatkan scene.


SINOPSIS: Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).

Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.

Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya.

Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.

Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur bakal menemui anda semua di’pawagam 19 Januari 2012 nanti.