fbpx

Raya Tak Jadi Kutip RM3.1 Juta Dalam Masa 4 Hari, Comeback Prof Madya?

Photobucket

Awesome! Itu saja yang dapat kami katakan apabila membaca tweet salah seorang rakan media kami, Budiey.

Ntah tepat atau tidak angka kutipan tersebut kami tetap yakin dan percaya dengan tweet dari Budiey, seorang penulis blog hiburan sepenuh masa yang tidak asing lagi dari kalangan media dan artis.

Walaupun ramai yang kondem filem Raya Tak jadi tapi filem ini tetap mempunyai peminatnya tersendiri. Kami juga rasa, tanpa Johan Raja Lawak dan Apek mungkin filem ini bakal menduduki carta salah satu daripada filem gagal Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Filem terakhir Prof Madya A. Razak Mohaideen sebelum ini Ratu & 4 Madu di’kritik hebat oleh peminat & peminat filem dan ramai berpendapat kerjaya pengarah komedi ini bakal berakhir.

Namun dengan prestasi memberangsangkan filem Raya Tak Jadi yang masih mempunyai masa yang lama untuk tempoh wajib tayang, kemungkinan ini merupakan comeback Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Sila terima dengan hati & dompet yang terbuka, Prof Madya A. Razak Mohaideen akan buat lebih banyak filem selepas ini.