fbpx

Lady Gaga Kemungkinan Batal Konsert Di Indonesia, Peminat Masih Optimis

Walaupun masih ada banyak hari lagi sebelum konsert Lady Gaga di Indonesia pada 3 Jun 2012 ini, namun kepastian sama ada konsert ini bakal di’teruskan masih menjadi tanda tanya.

Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno ini menyaksikan yang tiket sudah terjual hampir 52,000 & pihak pengajur sehingga ke hari ini belum berjaya untuk mendapatkan permit sah dari pihak berkuasa.

Ini adalah ekoran bantahan rasmi daripada FPI (Front Pembela Islam) yang menekan pihak berkuasa untuk membatalkan penganjuran konsert ini kerana mendakwa yang Lady Gaga merupakan contoh moral yang tidak baik.

FPI (Front Pembela Islam) juga telah melakukan perhimpunan membantah konsert ini namun para peminat tetap optimis yang konsert ini bakal terus di’anjurkan.

Konsert Lady Gaga di Korea Selatan sebelum ini juga mencipta kontroversi selepas hanya mereka yang berusia 18 tahun ke’atas di’benarkan untuk hadir selain menerima tentangan kerasa daripada badan agama.