KUALA LUMPUR 13 Jun – Seorang pelawak dan pelakon terkenal ditahan bersama enam lagi rakannya termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Sunway, dekat sini malam tadi.

Serbuan yang dilakukan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya pada pukul 10 malam itu, turut menemui puluhan gram dadah jenis ganja di dalam rumah terbabit.

Update: mStar Online sekali lagi tanpa segan & silu mendedahkan Saiful Apek sebagai pelawak & pelakon yang di’tahan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelakon yang pernah merangkul Anugerah Bintang Popular itu. – Utusan Malaysia

Editor’s Note: Ha! Boleh sudah kita mulakan tanggungjawab sebagai rakyat Republik Gossip untuk meneka siapakah gerangan si empunya badan.