PROMO: Filem Bujang Terlajak Tampilkan 3 Pelawak Terkenal Bersama Nur Fazura

Dengan kemeriahan filem terbitan anak tempatan untuk 2012, kami terfikir untuk buat laman khas untuk filem kita, bukan database tetapi lebih kepada berita dan perkembangan. Jangan tiru. LOL

Untuk tahun 2012, Prof Madya A. Razak Mohaideen membawakan sebuah filem komedi dengan gabungan mantap tiga pelawak terkenal bersama Nur Fazura.

Bujang Terlajak, Belum Terlanjur merupakan sebuah filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang menerima banyak input dari ramai orang untuk hasil yang terbaik di’pawagam.

Berlakon bersama tiga orang pelawak yang terkenal dengan sikap kelakar mereka di’dalam & luar filem membuatkan ia’nya bukan satu kerja mudah buat aktress sensasi Nur Fazura.

Menurut Saiful Apek dalam satu kenyataan kepada media, Nur Fazura pandai menahan ketawa ketika penggambaran dan hanya akan ketawa sekuat hati selepas pengarah tamatkan scene. Teruskan Membaca

Gambar: Sekitar Resepsi Perkahwinan Tema Wonderland Nabil & Zira

Tamatlah sudah majlis perkahwinan paling menjadi sebutan ramai hujung minggu ini. Tahniah buat mereka berdua.

Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub boleh tersenyum lega sekarang kerana semuanya sudah berjalan dengan selamat dan mereka kini boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Bercakap kepada media ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berkonsepkan Fantasy Wonderland ini, Nabil mengakui apa yang di’ilhamkan sebelum ini menjadi satu kenyataan.

Di’soal tentang keseluruhan kos majlis perkahwinan mereka, Nabil tanpa berselindung berkata beliau mengeluarkan RM177,000 dari poket sendiri untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka berdua.

“Kalau anda semua mahu perkahwinan sebegini, bersedialah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Tetapi tidak mengapa, saya puas kerana gembirakan orang tersayang,” kata Nabil yang sentiasa mengusik Nazira sepanjang sidang media.

Nabil turut bercakap tentang perancangan selepas ini untuk kerjaya Nazira, beliau berkata beliau suka jika Nazira menjadi teman beliau untuk kerja tetapi lebih suka isteri kesayangan untuk tinggal di’rumah sahaja.

Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub yang berlangsung di i-City, Shah Alam selepas ini. Gambar oleh jurufoto berdedikasi kami — Adie Zhafran & Abdus Fauzi. Enjoice! Teruskan Membaca

Gambar: Sekitar Resepsi Perkahwinan Nabil & Zira Di i-City, Shah Alam

Ketika ini sedang berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub.

Resepsi yang di’hadiri lebih 2,000 orang ini berlangsung di i-City, Shah Alam dan berkonsepkan Fantasy Wonderland.

Kehadiran yang lebih dari jangkaan penganjur majlis resepsi menyebabkan beberapa masalah kecil timbul seperti tidak cukup tempat duduk & makanan untuk para tetamu.

Tetapi itu semua masalah kecil kami rasa. Kami berada di’tempat berlangsungnya majlis resepsi ini sempat merakamkan gambar gambar awal untuk tatapan anda malam ini.

Ingat, gambar di’bawah hampir kesemuanya di’ambil dengan kamera kecil iPhone dan gambar beresolusi tinggi akan kami hidangkan tidak lama lagi. Enjoice! Teruskan Membaca

Nabil Raja Lawak: Zira Pandai Memasak Sardin Goreng, Bawa Motor Besar

Hari ini hari Ahad, sebelum berlangsungnya majlis resepsi ala fantasi malam nanti, kami bawakan memori Jumaat lalu.

Seperti semua sedia maklum, Nabil Raja Lawak selamat di’ijabkabulkan dengan Nazira Ayub di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya Jumaat lalu.

Majlis yang kami kira berlangsung cukup sederhana itu di’hadiri kaum keluarga, rakan rakan artis & para media yang sama meraikan hari bahagian Nabil & Zira.

Dalam temubual bersama media selepas itu, Nabil berkata beliau seperti tidak percaya yang kini beliau sudah bergelar seorang suami — lebih lebih lagi kepada wanita bernama Nazira Ayub.

Bercakap tentang skill memasak Nazira, Nabil berkata gadis tersebut bertuah mendapat suami yang mempunyai citarasa mudah seperti beliau — sardin goreng & roti kosong.

“Bab memasak memang dia pandai & masih terus belajar tetapi sardin goreng dia, fuhhhh!” kata media dalam nada ceria kepada media.

Nabil juga berkata Nazira pandai membawa motor besar milik beliau dan beberapa kali sebelum ini keluar bersama, Nazira yang menjadi orang hadapan. Bertuah badan.  Teruskan Membaca

Gambar: Sekitar Majlis Nikah Nabil Raja Lawak Dan Nazira Ayub Part II

Alhamdulillah, sebentar tadi Nabil Raja Lawak & pasangan Nazira Ayub selamat di’ijabkabulkan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sekitar jam 5 petang.

Nabil Raja Lawak yang tampak segak dengan persalinan putih rekaan Wazira Zainal bermula tenang di’kelilingi ahli keluarga dan para wartawan.

Nazira Ayub menerima wang hantaran sebanyak RM15,000 & mas kahwin berjumlah RM300 selain sebentuk cincin berlian bernilai RM3,000.

Ini merupakan sambungan dari entri sebelum ini yang mengandungi gambar hantaran sebanyak 9 dulang dari pihak perempuan berbalas 7 oleh pihak Nabil Raja Lawak.

Resepsi perkahwinan mereka yang berkonsepkan Wonderland ilham Nabil sendiri akan di’adakan Ahad ini di i-City, Shah Alam.

Lagi gambar sekitar majlis pernikahan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub selepas ini. Semoga berkekalan ikatan suami isteri ini sehingga ke akhir hayat. Tahniah dari kami semua di Rotikaya HQ. EnjoiceTeruskan Membaca

12