fbpx

Gambar: Sekitar Majlis Nikah Nabil Raja Lawak Dan Nazira Ayub

Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub bakal mengikat hubungan sebagai suami isteri petang ini di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Masjid Sultan Mizan di’pilih sebagai lokasi pernikahan mereka kerana kedudukan masjid tersebut berhampiran dengan rumah keluarga pengantin perempuan.

Kami menghantar wakil kami sendiri ke majlis pernikahan Nabil & Zira ini untuk membawakan gambar gambar terkini sekitar majlis untuk tatapan anda sebelum balik kerja & berhujung minggu.

Gambar di’sebelah di’ambil ketika sessi fitting untuk persalinan majlis pernikahan & perkahwinan mereka beberapa hari yang lalu. Gambar terima kasih kepada rakan media, OHBULAN!

UPDATE-1: Nabil & Zira bakal bernikah dengan mas kahwin berjumlah RM300 & wang hantaran bernilai RM15,000. Juga di’sertakan sebentuk cincin berlian bernilai RM3,000.

Lagi gambar pernikahan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub yang berlangsung di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya selepas ini. Enjoice!

Photobucket

UPDATE-2: Sekitar Masjid Sultan Mizan, Putrajaya kini sedang bermandi hujan penuh rahmat sementara menantikan majlis pernikahan mereka yang di’jangka berlangsung selepas solat Asar.

UPDATE-3: Berikut merupakan gambar hantaran untuk majlis perkahwinan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub — 9 dulang dari perempuan berbalas 7 dari pihak pengantin lelaki.