Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca

Hans Isaac Bakal Terbit Filem Baru ‘Ramli’: AC Mizal? Semuanya OK

Pengarah & penerbit filem hits, Cuci bakal melahirkan filem kedua beliau dengan tajuk ‘Ramli

Mengikut laporan, Ramli bukan tajuk final untuk projek filem ini, tetapi idea yang ada sudah tetap & dalam progress.

Filem Ramli akan mengisahkan tentang seorang penjual burger yang bercita-cita tinggi namun menjadi lupa setelah mengecapi kesenangan.

Vanida Imran & Fauziah Latiff antara nama yang di’sebut Hans Isaac untuk membintangi filem terbaru beliau ini. Ada seorang lagi nama selebriti popular yang tidak di’dedahkan.

Filem ini akan menelan belanja sebanyak RM1.3 juta yang Hans Isaac anggap masih kecil berbanding kos Cuci The Musical, RM3.6 juta.

Ketika di’minta mengulas tentang hubungan dengan AC Mizal, Hans Isaac positif menyatakan semuanya dalam keadaan OK,”Biasalah adik beradik”.