fbpx

Fauziah Latiff Bakal Bernikah Tahun Depan

Tidak berapa lama dahulu, ada timbul berita mengatakan yang Fauziah Latiff kini sudah menemui pengganti cinta hatinya selepas beberapa keping gambar beliau bersama seorang jejaka dilihat tersebar di internet namun penyanyi ini tidak memberikan apa apa komen.

BACA: Fauziah Latiff Putus Cinta Dan Batal Rancangan Untuk Nikah?

Gossip yang mengatakan beliau sudah putus cinta tidak berapa lama kemudian juga menjadi satu perhatian ramai dan seperti biasa, tiada komen dari Fauziah Latiff.

Menerusi laporan mStar Online hari ini Fauziah Latiff akhirnya membuka mulut tentang kisah cinta terbaru beliau dan mengesahkan yang bakal mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan hatinya pada tahun hadapan. Sudah sampai masa katanya.

“Ya, Insya-Allah tahun depan masa yang sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga. Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak,” ujar Fauziah Latiff.

Beliau bagaimana pun enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya namun berkata tiada persiapan besar dilakukan dan majlis akan berlangsung dalam suasasa sederhana.

“Saya tak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja. Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami,” tambahnya lagi.

Fauziah pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan mereka disahkan bercerai pada tahun 2007 lalu. (rtky/m)