Video: Percubaan Stand-Up Comedy Pertama Daphne Iking, Boleh Tahan Dan NSFW

Dan sebenarnya yang terakhir jika berpandukan penerangan yang menemani video ini di Vimeo.

Daphne Iking selama ini kita kenal hanya pandai mengacara & bukan sesuatu yang janggal jika dengar lawak jenaka dari mulut beliau.

Tetapi, dalam video yang bakal anda saksikan di’bawah, Daphne Iking boleh tahan juga bakatnya dalam stand-up comedy yang sehingga ke hari ini masih di’anggap baru oleh khalayak.

Menurut kenyataan ringkas beliau, Daphne Iking menulis yang diri beliau di’pujuk hebat oleh Harith Iskandar yang sememangnya sudah lama berkecimpung dalam arena stand-up comedy ini dan bukan satu perkara mudah sebenarnya untuk menjadi seorang yang kelakar di’atas pentas.

Kami sebenarnya berharap Malaysia mampu mempunyai lebih ramai bakat dalam stand-up comedy dan bukan lawak ‘Raja Lawak’. Ah anda tahu apa kami maksudkan. Video yang sedikit NSFW selepas ini.  Teruskan Membaca

Projek UNDILAH Kini Dilancar, Video & Lagu Penuh Untuk Muat Turun

Ke hadapan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sila anggap ini sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat dan tolong tolak amaun yang sepatutnya dari cukai kami nanti. Kalau ada.

Pete Teo dan rakan rakan secara rasminya melancarkan kempen khidmat masyarakat mereka yang bertajuk UNDILAH dengan video & lagu penuh.

Mereka juga sudah mempunyai laman web sendiri di UNDILAH.com di’mana anda boleh memuat turun video & MP3 lagu rasmi projek UNDILAH ini.

Video penuh mereka seperti di’jangka menampilkan nama nama besar di Malaysia termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Nurul Izzah Anwar, Tony Fernandes, Tony Pua, Nik Nazmi & Karamjit Singh.

Antara selebriti yang turut serta pastinya Namewee, Afdlin Shauki, Sharifah Amani, Bront Palarae, Daphne Iking, Wardina Safiyyah, Aizat Amdan, Jason Lo & ramai lagi.

Anda boleh saksikan video penuh UNDILAH selepas ini dan jangan lupa, negara ini milik kita, tanggungjawab kita & pergilah mengundi. Terima kasih Aman Firdaus. Enjoice! Teruskan Membaca

Daphne Iking Bersikap Terbuka Dalam Hal Agama, Isobel Bisa Sebut Bismillah

Terbaru & relevan: Bekas Suami Daphne Iking Terkejut Isobel Bukan Anak Kandungnya. Apa Cerita Daphne Iking? – mStar Online

Termasuk entri ini, sudah dua entri kami keluarkan ada kaitan dengan sensitiviti agama. Pertama, isu pengakuan gay oleh Azwan Ismail yang bakal mencetus isu negara.

Cuma entri ini bukan satu isu pun, cuma lebih kepada highlight mereka yang mempunyai sifat keterbukaan terhadap agama & gaya hidup yang berbeza. Kita ‘kan satu Malaysia.

Daphne Iking dalam temubual terbaur bersama Mangga Online mengakui yang beliau tiada masalah untuk bersifat terbuka dengan agama lain.

Daphne Iking juga mengakui yang Isobel kini rapat dengan pembantu rumah beliau yang kuat pegangan agama Islam’nya.

Isobel yang baru berusia 3 tahun di’katakan selalu ikut cara-cara pembantu rumah Daphne Iking bersolat & sudah pandai menyebut ‘Alhamdulillah’ & ‘Bismillah’.

“Saya tak mahu terlalu menekan anak soal beragama kerana itulah cara saya dibesarkan dulu. Cukuplah jika dia kenal dan takut kepada Tuhan.”

“Biarlah Isobel belajar segalanya dan apabila besar nanti dia mampu berfikir sendiri dan memilih sendiri.” Win or not?

123