fbpx

(Gossip) Pelakon Muda, Zahiril Adzim Kekasih ‘Baru’ Natasha Hudson?

(Dari Kiri: Natasha Hudson, Entah Siapa, Entah Siapa II (Berdiri), Zahiril Adzim)

Istilah kekasih baru agak tidak sesuai untuk menerangkan situasi hubungan Zahiril Adzim & Natasha Hudson ini.

Lanjutan dari kisah Daphne Iking menjadi punca penceraian Natasha Hudson & suami beliau, Datuk Shahrin Zahari, timbul pula satu cerita lain.

Kali ini tentang Natasha Hudson yang di’katakan ada hubungan dengan pelakon puitis & eksperimental muda, Zaharil Adzim.

Hubungan mereka di’katakan telah berlangsung lama sebelum isu rumahtangga beliau dengan Datuk Shahrin Zahari timbul.

Mereka berdua pernah berlakon dalam sebuah drama tetapi tidak ramai perasan akan hubungan dua anak muda ini kerana mereka bijak menyorok.

Muda? Yep. Natasha Hudson baru berusia 27 tahun & jejaka bernama Zahiril Adzim ini muda 2 tahun, 25 tahun. Masih elok untuk berpacaran.

Jika ada yang tidak kenal siapa Zahiril Adzim ini, beliau pernah berlakon dalam filem ‘KAMI’ — memegang sebagai pusher dadah bersama Liyana Jasmay.

Oh ya, Zahiril Adzim juga pernah di’gossipkan bercinta dengan Liyana Jasmay dan kisah mereka berlalu begitu sahaja sebelum Aizat ‘mengambil’ tempat.

Kita nantikan sahaja jawapan berunsur penafian dari Natasha Hudson mahu pun Zahiril Adzim sedikit masa lagi. Itu pun kalau mereka mahu layan gossip begini.