Terbaru & relevan: Bekas Suami Daphne Iking Terkejut Isobel Bukan Anak Kandungnya. Apa Cerita Daphne Iking? – mStar Online


Termasuk entri ini, sudah dua entri kami keluarkan ada kaitan dengan sensitiviti agama. Pertama, isu pengakuan gay oleh Azwan Ismail yang bakal mencetus isu negara.

Cuma entri ini bukan satu isu pun, cuma lebih kepada highlight mereka yang mempunyai sifat keterbukaan terhadap agama & gaya hidup yang berbeza. Kita ‘kan satu Malaysia.

Daphne Iking dalam temubual terbaur bersama Mangga Online mengakui yang beliau tiada masalah untuk bersifat terbuka dengan agama lain.

Daphne Iking juga mengakui yang Isobel kini rapat dengan pembantu rumah beliau yang kuat pegangan agama Islam’nya.


Isobel yang baru berusia 3 tahun di’katakan selalu ikut cara-cara pembantu rumah Daphne Iking bersolat & sudah pandai menyebut ‘Alhamdulillah’ & ‘Bismillah’.

“Saya tak mahu terlalu menekan anak soal beragama kerana itulah cara saya dibesarkan dulu. Cukuplah jika dia kenal dan takut kepada Tuhan.”

“Biarlah Isobel belajar segalanya dan apabila besar nanti dia mampu berfikir sendiri dan memilih sendiri.” Win or not?