fbpx

Projek UNDILAH Kini Dilancar, Video & Lagu Penuh Untuk Muat Turun

Ke hadapan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sila anggap ini sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat dan tolong tolak amaun yang sepatutnya dari cukai kami nanti. Kalau ada.

Pete Teo dan rakan rakan secara rasminya melancarkan kempen khidmat masyarakat mereka yang bertajuk UNDILAH dengan video & lagu penuh.

Mereka juga sudah mempunyai laman web sendiri di UNDILAH.com di’mana anda boleh memuat turun video & MP3 lagu rasmi projek UNDILAH ini.

Video penuh mereka seperti di’jangka menampilkan nama nama besar di Malaysia termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Nurul Izzah Anwar, Tony Fernandes, Tony Pua, Nik Nazmi & Karamjit Singh.

Antara selebriti yang turut serta pastinya Namewee, Afdlin Shauki, Sharifah Amani, Bront Palarae, Daphne Iking, Wardina Safiyyah, Aizat Amdan, Jason Lo & ramai lagi.

Anda boleh saksikan video penuh UNDILAH selepas ini dan jangan lupa, negara ini milik kita, tanggungjawab kita & pergilah mengundi. Terima kasih Aman Firdaus. Enjoice!