Video: Hazama Dendangkan ‘Pokok’ Bersama Aizat Di Road Show #AJL26 Johor Bahru

Hujung minggu kami berjaya kami habiskan bersama krew dan artis yang turut serta dalam siri promosi Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) ke Plaza Angsana, Johor Bahru yang di’anjurkan oleh pihak TV3.

Memang meriah suasana Plaza Angsana petang semalam dengan kehadiran peminat hiburan tempatan yang di’anggarkan berjumlah lebih 15,000 orang. Bayangkan suasana kompleks membeli belah dengan hadirin sebegitu.

Dalam banyak banyak persembahan, kami tertarik dengan satu persembahan mengejut oleh Hazama dan Aizat yang membawakan lagu Pokok untuk menghiburkan mereka yang hadir pada hari itu. Teruskan Membaca

Aizat Terjun Ke Dunia Lakonan, Tampil Bersama Lisa Surihani & Beto

Boleh tahan kau Aizat, dunia muzik kau takluk, kini mula terjun bidang baru.

Berita baik Aizat Amdan tidak hanya berakhir semalam selepas di’lantik Tokoh Muda Negara 2011 & mengungguli pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) dengan 6 pencalonan.

Aizat Amdan turut memberitahu kepada pihak GUA semalam yang beliau akan tampil sebagai pelakon filem buat pertama kali.

Aizat akan membintangi filem Istanbul Aku Datang bersama pelakon hebat lain seperti Beto Kusyairy, Lisa Surihani dan penyanyi Tomok.

Pada mulanya, beliau hanya di’tawarkan untuk menulis lagu rasmi filem berkenaan sebelum pengarah Bernard Chauly menawarkan watak sampingan untuk Aizat.

Aizat Amdan menerima tawaran ini kerana lokasi penggambaran yang 100% mengambil tempat di Istanbul, Turki. Menurut penyanyi ini, beliau memang sudah lama mengimpikan untuk ke’sana.

Syamsul Yusof & Aizat Terpilih Sebagai Tokoh Muda Negara 2011

Tidak sia sia usaha mereka berdua selama ini mencipta nama dalam industri hiburan.

Aizat & Syamsul Yusof masing masing terpilih sebagai Tokoh Muda Negara 2011 bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-54.

Harian Metro melaporkan hari ini yang kedua dua mereka sudah di’maklumkan tentang pengiktirafan ini melalui surat dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Aizat terpilih menjadi Tokoh Muda Negara kerana kejayaan beliau menempa nama dalam dunia industri muzik & Syamsul Yusof kerana filem’nya KL Gangster menjadi filem terlaris Malaysia setakat ini.

Aizat & Syamsul Yusof bakal di’arak ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 Malaysia Jumaat ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Tahniah dari kami di Rotikaya HQ buat Aizat & Syamsul Yusof atas pencapaian kamu berdua. Bukan kami untuk menimbulkan soal layak atau tidak, mereka yang lebih arif telah memilih mereka berdua.

(Video) Unchained Melody versi Aizat & Uncle Khalid, The Awesome Duet

Pasti ramai tanya siapa Uncle Khalid? Kami juga kurang pasti bagaimana pertalian saudara antara Aizat dengan Uncle Khalid, namun keluarga mereka nampak rapat.

Maafkan kami jika sumber maklumat kami kurang tepat namun yang pasti video duet mereka berdua ini boleh masuk kategori epik.

Aizat yang baru sahaja memenangi anugerah penyanyi lelaki paling popular selalu kita nampak membuat persembahan atas pentas, bukan lantai rumah.

Ini peluang anda semua untuk lihat persembahan Aizat & Uncle Khalid secara santai. Dengarkan Unchained Melody versi mereka selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca

12