fbpx

Aizat Terjun Ke Dunia Lakonan, Tampil Bersama Lisa Surihani & Beto

Boleh tahan kau Aizat, dunia muzik kau takluk, kini mula terjun bidang baru.

Berita baik Aizat Amdan tidak hanya berakhir semalam selepas di’lantik Tokoh Muda Negara 2011 & mengungguli pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) dengan 6 pencalonan.

Aizat Amdan turut memberitahu kepada pihak GUA semalam yang beliau akan tampil sebagai pelakon filem buat pertama kali.

Aizat akan membintangi filem Istanbul Aku Datang bersama pelakon hebat lain seperti Beto Kusyairy, Lisa Surihani dan penyanyi Tomok.

Pada mulanya, beliau hanya di’tawarkan untuk menulis lagu rasmi filem berkenaan sebelum pengarah Bernard Chauly menawarkan watak sampingan untuk Aizat.

Aizat Amdan menerima tawaran ini kerana lokasi penggambaran yang 100% mengambil tempat di Istanbul, Turki. Menurut penyanyi ini, beliau memang sudah lama mengimpikan untuk ke’sana.