fbpx

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Tunggu Rezeki Zuriat

Dalam temubual terbaru bersama media selepas pembukaan butik baru beliau di Bangsar, Puteri Sarah Liyana memberitahu yang kehidupannya semakin bahagia selepas dua tahun bergelar isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Khabar yang mengatakan pasangan ini mengalami masalah rumah tangga nyata hanya cakap cakap mereka yang tidak tahu kisah sebenar kehidupan mereka. Selain itu, Puteri Sarah & Syamsul Yusof juga sering ditebak dengan soal cahaya mata.

BACA: Puteri Sarah Nafi Rumah Tangga Bermasalah, Terkejut Khabar Angin

“Bukan saya tidak mahu anak. Cuma sekarang kami pun sibuk dengan jadual kerja masing-masing tapi itu tidak membataskan perhubungan kami sebagai suami isteri”

“Pada masa yang sama, kami mencuba yang terbaik untuk bertukar status sebagai ibu dan bapa. Doakan sahaja yang terbaik buat kami. Insya-Allah kalau ada rezeki, pasti ada,” katanya yang baru membuka sebuah gedung pakaian Muslimah yang diberi nama Shara Islamic Fashion World.

“Perniagaan ini secara rasminya telah dibuka kepada umum pada 15 September lalu. Setakat ini sudah ada 67 vendors (jenama) ditempatkan di sini dan masih terbuka untuk menerima lebih banyak jenama tempatan untuk diniagakan,” tambahnya. (rtky/m)